Adira Tersingkir AF MEGASTAR, Ini Respon Datuk Red Yang Mengejutkan

Image_1-2.jpg

“Saya sudah jangka Adira akan terkeluar kerana sejak masuk program ini dia tidak dibenarkan membawa bayi ke sesi latihan atau masa pertandingan. 

“Tapi malam itu pihak produksi berkali-kali ingatkan dia supaya bawa anak,” ujar Datuk Red yang pelik apabila isterinya, penyanyi Adira Suhaimi diminta untuk membawa anak mereka iaitu Anggerik. 

Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Sri Adnan Abu diminta mengulas tentang Adira yang tersingkir pada minggu pertama AF Megastar pada malam Ahad lalu yang berlangsung yang diadakan di Royal Theater, Shah Alam.

Dalam pada itu, tambah Adnan, sejak awal lagi dia tidak bersetuju isterinya memasuki pertandingan tersebut, namun dia menghormati keputusan yang dibuat Adira.

“Jangan kata saya tidak mengundi, letih sudah mengundi, malah semua pekerja saya pun mengundi. 

Klik untuk gambar besar

“Sejak awal lagi saya tidak setuju kerana dia sudah ada nama dan tidak perlu sertai pertandingan begitu. Lagi pula saya kasihankan Anggerik yang masih kecil. 

“Namun, saya sokong bila dia mahu juga sertai. Tapi itulah, saya rasa dia hanya buang masa je, lebih baik dia fokus cari lagu baru dari sertai program ini,” ujarnya. 

Sementara itu, ditanya mengapa dia tidak kelihatan pada program berkenaan, Adnan memberitahu bahawa dia kurang berminat untuk menemani isterinya ke program-program berbentuk hiburan.

AF Megastar menampil 40 peratus keputusan berdasarkan undian penonton menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) manakala juri mewakili 60 peratus markah.

www.myartis.com / Sumber: mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *